CIRI-CIRI IBADAH DALAM ISLAM
Bacalah dengan PerLahan
1.Ibadah hanya dilakukan semata -
mata kerana Allah
Al-Quran menitikberatkan bahawa ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata- mata.
Firman Allah:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ
Ertinya:" Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain-Nya"
( Al Isra' : 23 )
أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ
Ertinya: "Ia telah rnemerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia"
(Yusuf: 40)
فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Ertinya: "Barang siapa yang mengharapkan bertemu dengan tuhanNya maka hendaklah ia melakukan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadah, kepada Tuhannya."
(Al-Kahfi:11O)
Oleh itu segala tindakan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah.
Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam
menegah setiap perbuatan yang boleh
mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau membuka jalan mengelirukan pengertian ibadah yang semestinya hanya kepada Allah”.
2.Perhubungan langsung antara
hamba dengan Penciptanya
Dalam Islam, perhubungan antara hamba dengan Allah dapat dilakukan secara langsung. Ibadah dalam Islam tidak memerlukan orang tengah sebagaimana sesetengah agama lain. Juga tiada tokoh- tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh- tokoh agama yang menjadi perantaraan antara manusia dengan Allah.
Dalam Islam, peranan para ulama` dan fuqaha` hanya mengkaji dan menyelidiki hukum- hukum serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang sebagaimana yang terdapat dalam agama lain.
3. Melambangkan khudu` yang
penuh dan ketaatan yang mutlak
kepada Allah
Ibadah dalam Islam melambangkan khudu` atau ketundukan dan ketaatan kepada Allah serta ketaatannya yang mutlak terhadap-Nya.. Oleh itu, dalam bidang ibadah khusus ianya bersifat tauqifiyyah, iaitu ia dilaksanakan menurut panduan Rasullulah s.a.w dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara` dan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Tidak boleh ditambah, atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.
Sabda Rasullullah S.A.W:
" صلوا كما رأيتموني أصلي"
Ertinya: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."
( Riwayat Bukhari )
Adapun bagi ibadah-ibadah umum, ketundukan dan kepatuhan ini dapat dilaksanakan dengan benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w dalam seluruh jalan kehidupan. Ini berdasarkan kepada firman Allah:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Ertinya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri ) Rasulullah ( S.A.W) itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu ) bagi orang-orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan ( kedatangan ) Hari Qiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."
(Al-Ahzab:21)
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Ertinya: "Katakanlah;jika kamu benar-benar ) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Ali-Imran: 31)
Firman AIlah:
وَمَا آتَاكُمْ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
Ertinya: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang dilarang bagimu, maka tinggalkanlah"
(Al-Hasyr:7)
Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya mematuhi dan mentaati perintah Allah dalarn beribadah kepadanya.
4. Ruang lingkup ibadah yang luas
Ibadah dalam Islam amatlah luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan sama ada bersangkut dengan individu atau masyarakat adalah ibadah menurut Islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:
A) Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum-hukum syara dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan-amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan perkara haram dan maksiat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan amalan ibadah.
B) Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik yang bertujuan memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umat seluruhnya dan bagi memakmurkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
C) Amalan tersebut mestilah dibuat
dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w:
إن الله يحب أحدكم إدا عمل عملا أن يتقنه
Ertinya: "Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya."
(Muslim)
D) Ketika membuat amalan hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syarak dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas atau merampas hak orang lain.
E) Tidak mengecuaikan ibadah- ibadah
Khusus seperti solat, zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum.
Firman Allah:
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْر ِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ
Ertinya: "laki-laki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan atau jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) menunaikan zakat"
(An-Nur:37)
Jadi, bila seseorang mukmin itu dapat menyempumakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut.
5.Tidak terkongkong di satu tempat
peribadatan sahaja.
Dalam Islam, pelaksanaan ibadah tidak tertakluk di tempat-tempat tertentu sahaja. Seluruh bumi Allah adalah tempat beribadah bagi para mukmin.
Firman Allah:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Ertinya: "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali setelah dibangkitkan."
(Al-Mulk:15)
Dalam Islam, ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada perhubungannya adalah terus kepada Allah. Islam menganggap seluruh bumi sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang najis. Itulah sebabnya, Rasulullah bersolat di mana-mana sahaja seperti di tengah-tengah padang pasir dan di atas kenderaannya.
Komentar
Posting Komentar